Labels

Sunday 29 November 2015

JOM BUAT OBOR-OBOR !!!



Yuhuuuu...!!! nak share obor-obor yg kite buat dengan anak2 murid kite...gambar masa kanak2 tengah buat lupa pulak nk snap...yg atas tu saya buat...tapi lebih ok gune tisu sebab bila gantung kaki obor-obor tuh gedik2 ditiup angin..kanak2 pon suka tengok..senang je nk buat.. :)


Bahan2 :-

Mangkuk polistren
Tisu
Gam
Pelekat bewarna yang bulat2 tu yea..
Gunting untuk gunting tisu tu yea..
Tali untuk gantung obor-obor bagi nampak gedik2..


Cara2 :-

Gunting tisu utk dijadikan kaki obor-obor..Gam kan sebelah dalam keliling mangkuk polistren..Tampalkan pelekat bulat-bulat tuh sebelah luar pulak yea..Akhir sekali, letak tali sebelah atas yea...lepas tuh boleh gantung..da siap!!!

Wednesday 25 November 2015

FALSAFAH & MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan seperti berikut :-
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang mneyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dab bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

Tuesday 24 November 2015

HATI-HATI DI JALAN RAYA !!!


Ingat !!! hati-hati di jalan raya...boleh juga digunakan untuk sumber pengajaran kepada kanak-kanak bagi tema yang berkaitan.. :)

LAWATAN SAMBIL BELAJAR !!!




 PART 1...sesi lawatan sambil belajar di kilang coklat..tak jauh pun..Melaka jugak....seronoknya kanak-kanak boleh merasai sendiri pengalaman membuat coklat dengan cara yang mudah..ada sesi soal jawab haaaa...lepas tu dapat la makan coklat free sorang sebiji...hehe..para AJK pun turut serta excited..yeayyy!! enjoy.. !!!








PART 2...ok jalan-jalan di kapal samudera pulak..hahh ramai omputeh kat sini..kanak-kanak pun excited...boleh belajar tentang duit yang lama-lama..banyak soalan yang ditanya..tengok patung ada la sorang dua yang menangis takut..hehe..ok haus da nie..lapar...... :)


 



 PART 3...da lapar berhenti rehat dekat Dataran 1 Malaysia..yg ada air pancut tuh...kanak-kanak makan..santai2..tiba2 ada suprise pulak..ayah kepada salah sorang kanak-kanak datang bawak kek..sambut hari jadi anak kesayangannya..aummmm!!!! Semoga panjang umur yea sayang !!









PART 4...last sekali sebelum balik ke tabika...kita pergi balai bomba..kanak-kanak menaiki jentera bomba..neno..neno!! hehe...buat latihan sikit dengan pegawai bomba..lepas tuh lepak jap tengok latihan kawad..masa tuh tanya semua kanak-kanak nak jadi bomba..hehe..enjoy!!


MAKAN DENGAN RIANG !!!

 
 
 
 
 
 
 
Sejak tahun 1568-1600an di Orang Jepun mula mengenal gaya hidup memakan santapan diluar rumah. Makanan yang dibawa tersebut diletakkan dalam kotak kayu yang berkilat. Kemudian kebiasaan ini mula dikenali sebagai kebiasaan makan praktikal yang dilakukan dalam upacara minum teh atau dikenali dengan hanami.
Lalu pada zaman Edo di tahun 1600-1800an, kebudayaan bento semakin meluas dikalangan rakyat Jepun. Pada zaman itu bila melancong atau berpergian, orang Jepun akan membawa bekal praktikal atau bento kemudian diletakkan pada pinggang mereka. Bento yang diletakkan di pinggang disebut koshikobento. Biasanya koshikobento mengandungi onigiri. Pada saat itu juga dikenali jenis bento yang dinamakan makunouchi bento.


 
 
 
 
 

Ok..kat sini sy nak share sikit..pernah la sekali try buat bento..sekali je..gambar pon tah mane2 pergi..alatan bento pon sanggup beli tau..kepal2 nasi...masuk dalam bekas bentuk2 tuh..comeiii laa jugak..yg mane anak2 susah nak makan try buat nie..ramai ibu2 yg rajin buat bento ni dan berhasil..mula2 memang hasil nampak kasar..lama2 ok da..alatan tak mahal pon..senang nk dapat..nk murah beli yg 1 pek ada 3 or 4 alatan..huhu..cuba la!! :)

 

ORIGAMI BUNGA 3D !!!



Mehhh...cikgu nak share cara buat bunga 3D tau..!! hahh..cikgu2 yg sedang melawat blog ini pun boleh laa cuba..mesti kanak-kanak tertarik..!! :)

PROGRAM KEMERDEKAAN








Sambutan kemerdekaan ringkas2 je di tabika..sebab kami ada buat sambutan kemerdekaan peringkat DUN..nantikan gambar yg akan di upload yea...INSHA ALLAH...