Labels

Monday, 23 November 2015

ANAK PELAT ???

Frenulum Linguae – istilah gangguan untuk melafazkan suatu huruf atau lebih dikenali dengan ‘pelat’. Kebiasaannya pelat pada huruf R, S, F, D.

 
Pelat bukan akibat lidah pendek. Pelat biasanya berlaku pada kanak-kanak seawal usia setahun. Diusia ini, kanak-kanak mula belajar mengenali huruf & membunyikan huruf.
Anak kedua saya juga pelat. Tetapi apabila sudah mula bersekolah, pelat dia mulai hilang & seterusnya sebutan menjadi normal.


Beberapa tips untuk memulihkan pelat ataupun mengelak pelat dari kecil :-

1) Jangan ajar anak cakap pelat walaupun anak masih bayi lagi. Ibu bapa yang suka bercakap pelat dengan anak-anak kecil berisiko tinggi menyebabkan anak mereka bercakap pelat.

2) Selalu latih anak menyebut huruf R, S, F, D setiap hari. InsyaAllah, pelat anak akan berkurangan kerana lidah bergetar dengan betul.

3) Bercakaplah dengan anak secara perlahan-lahan agar mereka mudah menangkap bunyi yang hendak ditiru & perbetulkan sebutan anak jika ada kesilapan.

No comments:

Post a Comment