Labels

Tuesday, 24 November 2015

PROFIL GURU !!!


ASSALAMUALAIKUM W.B.T...meh kenal2 dgn cikgu TBK KEMAS Rambai Ria ehem dan juga selaku admin kepada empunya blog ini.... :)

Nama : Hazleen Wahida bt. Wahab.
T. Lahir   : 16 Nov 1991, Melaka.
T. Mula Bertugas   : 15 Mac 2010
Kelulusan   : SPM (2008), masih menyambung pelajaran di IPG Melaka.
Status   : Bujang.

Monday, 23 November 2015

KATAK SI KATAK LOMPAT !!!



layan jap video lagu katak si katak lompat.....nyanyi2 sambil ngadap video kanak-kanak mesti suka kan???  :)

ANAK PELAT ???

Frenulum Linguae – istilah gangguan untuk melafazkan suatu huruf atau lebih dikenali dengan ‘pelat’. Kebiasaannya pelat pada huruf R, S, F, D.

 
Pelat bukan akibat lidah pendek. Pelat biasanya berlaku pada kanak-kanak seawal usia setahun. Diusia ini, kanak-kanak mula belajar mengenali huruf & membunyikan huruf.
Anak kedua saya juga pelat. Tetapi apabila sudah mula bersekolah, pelat dia mulai hilang & seterusnya sebutan menjadi normal.


Beberapa tips untuk memulihkan pelat ataupun mengelak pelat dari kecil :-

1) Jangan ajar anak cakap pelat walaupun anak masih bayi lagi. Ibu bapa yang suka bercakap pelat dengan anak-anak kecil berisiko tinggi menyebabkan anak mereka bercakap pelat.

2) Selalu latih anak menyebut huruf R, S, F, D setiap hari. InsyaAllah, pelat anak akan berkurangan kerana lidah bergetar dengan betul.

3) Bercakaplah dengan anak secara perlahan-lahan agar mereka mudah menangkap bunyi yang hendak ditiru & perbetulkan sebutan anak jika ada kesilapan.

TIPS KEJUTKAN ANAK DARI TIDUR

 


KEJUTKAN DENGAN KASIH-SAYANG
 
  • Beri salam kepada anak yang sedang tidur. Gunakan nada suara yang lembut, bukan suara yang tinggi seperti, “Assalamualaikum anak soleh. Bangun sayang, anak ibu ni suka bangun awal”.
  • Gerakkan mereka dengan sopan, bukan agresif. Sentuh hujung ibu jari kaki mereka dan goyangkan perlahan-perlahan. Jangan direntap ibu jari kaki mereka, kelak mereka menyimpan dendam.
  • Elakkan mengetuk pintu bilik mereka dengan keterlaluan sehingga menyebabkan anak bangun dalam keadaan terkejut dan ketakutan.
  • Kejut anak secara berperingkat. Jangan memaksa mereka. Jangan terus disimbah air ke atas mereka.
  • Panggil nama mereka dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya. Jika masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.Teruskan memanggil namanya dan panggillah panggilan yang baik.Kejutkannya sambil memujinya : “Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin. Anak ummi ni senang bangun. Ummi kejut, terus bangun.”
  • Sebaik saja anak bangun, terus berikan anak anda ganjaran ciuman dan pelukan supaya timbul rasa gembira pada diri mereka untuk bangun tidur. Usap kepalanyasambil bercakap dengan lembut agar si manja terus mandi, solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.
  • Berilah ganjaran dari sudut pujian dan galakan apabila si manja memberikan kerjasama yang baik untuk bangun tidur di awal pagi sebelum ke sekolah. Hargailah setiap perkembangan mereka, teruskan mendorong dan berdoa.

Dari sudut segi psikologi, jika seorang anak itu dikejut dengan herdikan atau pukulan, maka minda separa sedar akan diaktifkan sedikit demi sedikit untuk membenci dan berdendamdengan orang yang membangunkan itu. Seandainya rutin setiap dinihari kita mengejutkan anak-anak dengan cara yang kurang beradab, maka sebenarnya kita telah menyalakan api kebencian yang bahaya dalam minda separa sedar anak itu. Oleh itu, elakkanlah perbuatan yang DILARANG sewaktu mengejutkan anak bangun dari tidur seperti :
  1. DILARANG meninggikan suara.
  2. DILARANG menggunakan kata-kata kesat atau makian.
  3. DILARANG menepuk dengan pukulan kasar atau kuat.
  4. DILARANG menyimbah air.
  5. DILARANG membebel berterusan tanpa henti.

PENUBUHAN TBK






 sedikit sebanyak perihal TBK, bila tertubuhnya TBK KEMAS Rambai Ria ini yea...???


Jenis Premis : TABIKA
Status Bangunan : MILIK KEMAS
Status Tanah :  KERAJAAN NEGERI
Tanah Siap Dibina : TAHUN  2007
Tarikh Mula Operasi : TAHUN  2008
Kos Bangunan : RM 150,000.00
Tarikh Bangunan Dirasmikan :TIADA
Dirasmikan Oleh:TIADA
Tahun Akhir Baik-pulih:TIADA
Alamat : TABIKA KEMAS RAMBAI RIA , KM 11, BUKIT RAMBAI, 75250 MELAKA.
Daerah : MELAKA TENGAH
Parlimen : TANGGA BATU
DUN: KLEBANG